Senin, 19 Maret 2012

Bangau dan Ketam

     Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh tanaman teratai yang berbunga sangat indah. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Tanaman yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik. Salah seekornya adalah burung bangau.. Disana terdapat ikan, teratai, rerumputan, ikan burung, dan yang lainnya Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang ikut menghuni tasik tersebut.
     Burung bangau sangat suka tinggal di sana karena ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di sana sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menagkap ikan yang datang menghampiri dirinya.
     Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperoleh ikan untuk dimakan yang membuat perutnya lapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau begini keadaanya, aku akan mati kelaparan karena tidakberdaya  lagi  untuk menangkap ikan. Aku harus mencari jalan agar aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".
     Burung bangau mendapat ide dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ nampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapa aku lihat akhir-akhir ini kamu asik termenung dan bersedih saja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang memusingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi masalah." Jawab katak. "Aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan perkataan bangau tadi. Tanpa membuang waktu, katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.
     Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing sibuk menanyakan bangau tentang berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apa ide engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu ide, tetapi aku khuatir kamu semua tidak setuju." "Apakah ide tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku bisa membawa kamu satu demi satu kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun setuju dengan ide burung bangau.
     Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan kepada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan berserakan di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih berpegangan pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku ke sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba waktunya engkau menjadi makananku." Dengan perasaan marah ketam menjepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau suah untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan mengantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menjepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.
   Dengan perasaan gembira kerana selamat dari bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka keheranan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut merasa gembira karena mereka selamat dari burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar